Tuesday, December 15, 2009

Pembikinan Video Senam Seni 1 Malaysia




bergambar bersama sebelum berpisah ke tempat masing masing
gambar di atas bersama tokey senamseni : Puan Norseela
gambar di bawah duduk dibelakang dari kiri : Raju, June, Zul, Sean, Hanafi dan Izwan
duduk di depan : Khairul, yours truly, Suhaila, Saiful dan Ada Sandha



Sejurus tamatnya Pelancaran Senam Cergas, saye berebut pula ke hotel De Palma Ampang untuk training model model yang telah saye pilih tempohari dari kalangan Kumpulan Kesenian Jab. Kesenian & Kebudayaan Negara. Mereka ini telah di shorlisted, dari lebih 10 orang yang saye pilih, cume 8 orang saje yang berjaya.

Saye juga telah memperkenalkan dua orang jurulatih dari Majlis Kecergasan Kebangsaan sebagai model. Cume seorang sahaja yang berjaya.

Gambar di bawah ini menunjukkan Ada Sandha sedang berlatih bersama Salleh dipejabat Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara sebelum pemilihan dilakukan.





sempat juga saye mengacau Saiful Nizam di pejabat dia sambil menunggu Ada dan Salleh berlatih.






Ini pula tokey JSBN, En Haris....ambooiii posing gituuh....




Terpesona saya melihat twin tower yg kelihatan begitu cantek dari tingkat 23 Bangunan MAS, di ibupejabat JKKN



Latihan di D'Palma Ampang bermula pada 5hb Disember. Saye bersama dengan Kharul Faizi, salah seorang murid saya semasa di program Penyampai Ikon di RTM2. Faizi telah mendapat tempat ketiga. Faizi telah di pilih oleh pihak JKKN untuk voice over video Senam Seni 1 Malaysia


Latihan intensive di D'Palma Ampang bersama model model yg terpilih





Pada 6hb Disember, kami telah ke studio Finas untuk rehearsal. Biaselah...sempat posing




dari kiri berdiri : Raju, Saiful, yours truly, Ada dan Su
dari kiri duduk : Khairul, Zul, Wan, June, Sean dan Hanafi







Tiga dara yang dipilih dari kiri Suhaila, Ada Sandha dan June




Berehat sebentar sementara menunggu persiapan lampu di studio Finas. Shoot yang di buat pada 7hb Disember mengambil mase yang begitu lama, kesian saye lihat model model saye ini akan tetapi ndak buat macamana, sabar aje la dek yea. Setelah malam baru la selesai semua shooting.





Pada mulenya Ada agak gementar tapi saye begitu confident dia boleh melakukan dengan baik, ternyata setelah beberapa kali take, dia berjaya. Alhamdulilahh....


Sembilan orang yg dipilih ada lah : Khairul (selangor), Su (wilayah), Sean (melaka), Raju (perak), Hanafi (johor), June (wilayah), Zul (kedah) , Izwan (wilayah) dan Ada Sandha yang mewakili Majlis Kecergasan Kebangsaan M'sia (NFC)




selepas shooting sebelum balik ke hotel, kami ambil peluang untuk bergambar lagi. Ni haa...adek Izwan ni, rase saye dia la yang paling bongsu dalam ramai ramai.




Letih sangat la rupe mereka ini. dari kiri Khairul (selangor), Izwan (wilayah) dan Zul (kedah)



Zul (kedah), Raju (perak) dan Su (wilayah)





aiiii Saiful....dah terok sangat nampaknye...
di belakang tu saye bersama tokey Senam Seni Puan Norseela


Alhamdulilahh...semua berjalan dengan lancar walaupun pada waktu itu saye demam panas. Terima saye ucapkan kepada Puan Norseela dan en Saiful kerana memberi kerjasama yang amat baik. Puan Seela begitu prihatin tentang keselesaan kami. Setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara kerana memberi saye kepercayaan dalam menjaga teknik senaman




pada hari terakhir sebelum saye berangkat ke Taiping, sempat juga kami menyambut ulangtahun Khairul yg ke * di hotel. Kesian Khairul, abes semua muka dia di sapu dengan
icing cake oleh adek adek semua.... anyways...Happy Birthday to you Khairul, with many happy returns and nanti sekali sekali boleh la panggil awak mekapkan saye yea... :)

8 comments:

  1. saya suka senam seni ni.
    saya baru habeh orientasi di UM, masa orientasi fasi semua ajar kitaorg step senam seni waktu riadah. mmg best!!!

    ReplyDelete
  2. Adalah lebih baik sekiranya video senam seni ini dijual kepada umum supaya mereka mudah untuk mempelajarinya seperti mana poco-poco

    ReplyDelete
  3. video ni memang ade di jual Angela. DVD ini di jual di pejabat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) disetiap negeri.
    kalau Angela belum memilikinye, sila talipon jabatan d tempat anda untuk membeli. harga sangat murah cuma rm10.00 sahaja.

    ReplyDelete
  4. Salam.. pn saya telah menpelajari senam seni 1 malaysia yang baru tu .......dan berlatih selama 4 minggu untuk persembahan... esok saya di jemput untuk membuat senam pagi oleh itu saya memilih senam seni untuk persembahan hari buah pinggang sedunia di tempat saya Hospital putrajaya

    ReplyDelete
  5. Syabas! dan terima kasih kerana memilih senamseni. Saye pasti sebagai seorang yang mengamalkan kesihatan dan gaya hidup yang sihat, Zai pasti tau betapa pentingnye menjage kesihatan jantung/kardiovaskular. SenamSeni menepati ciri ciri ini.

    ReplyDelete
  6. salam..kat mane sy bleh dptkn cd senam seni 1msia???

    ReplyDelete
  7. CD Senam Seni boleh didapati di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 21-34, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur dengan harga RM 10. Hubungi 03-20523600 sambungan 3721 (Pn.Fauziah Ahmad) untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete