Thursday, November 26, 2009

Video Senam Cergas

Saya terlibat secara langsung semasa pembikinan video senamcergas. Dari menjadi kareographer bersama kawan kawan lain pada awal tahun, kepada menjadi koordinator untuk pemantapan SEnamCergas hingga la kerjasama bersama Cik Azhani (pegawai KBS) dengan En Kamal (director video) semasa editing. Saya berharap video ini akan dapat memberi sedikit sebanyak idea dan boleh di jadikan satu routine sebelum melakukan kelas aerobics. Steps nya mudah di ikuti sebab konsep yang Pengarah Cawangan Kecergasan En Azhari pertekankan semasa mesyuarat ada lah, konsep mudah di ikuti supaya boleh di gunakan semasa 'mass aerobics' . Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar pakar kite yg telah bertungkus lumus membuat steps dan kareograpi, bergadoh adek beradek dan bersusah payah dalam pembikinan video ini. (ref: posting Senam Cergas - Tiada Alasan! dated 11/22 - 11/29)


kami bergambar semasa dalam bilik editing. dari kanan en Kamal director, En Faiz editor dan Cik Azhani pegawai dari Kementerian Belia & Sukan Malaysia


Faiz sedang tekun mengedit, terrer mamat ni.... jari dia komain laju je clicking


sempat juga saya bergambar bersama artis semasa di darul puteri. honestly saya tak tau dia siapa, tapi Malik bagitau dia ni ghupernya Ali dari kumpulan rock Terra Rossa. Kebetulan dia ada kerjasama dengan jab warisan yg membuat program di darul puteri ketika itu.


No comments:

Post a Comment