Monday, November 23, 2009

Senam Cergas - Tiada Alasan!!

Kementerian Belia & Sukan akan melancarkan Senam Cergas pada 5hb Disember 2009 ini di Dataran Pudu Ulu dan semua rakyat Malaysia di alu alukan untuk turut serta pada pagi itu.

Saya bersama lebih kurang 10 orang kawan kawan dari Majlis Kecergasan Kebangsaan telah dipilih untuk menjadi penggubal/kareografer. Kami telah dikumpulkan beberapa bulan lepas tapi kali ini lebih kepada pemantapan dan pembikinan video Senam Cergas. Kami telah memilih 7 orang dari kalangan instructor MKK/NFC sebagai model untuk video tersebut.

Bersama ini saya sertakan gambar gambar kami sebelum, selepas dan cume dapat sedikit sahaja semasa latihan sebab mase latihan kami betul betul serious dan tak sempat hendak bergambar.


yours truly, Azhani (pegawai KBS kami) dan adilla selepas pengambaran video di gymnasium KBS

Pada mulanya, protege kami ni di suruh memakai baju warna pastel purple tu tapi memang sah kurang menarik kalau dalam video, jadi kami suruh mereka menukar kepada baju kuning tu, malangnya baju kuning tu di simbah peluh sebab pengambaran dibuat di luar. Agak panas cuaca ketika itu.



mentor bersama protege



semasa latihan di darul puteri


selepas taklimat kami bergambar dahulu sebelum memulakan kerja


semua dah mule tak betul la ni, ndak melayankan penat... ehehe

berdiri dari kanan : Azizah, Mahani, Josephine, yours truly, Aishah, Makwan
barisan tengah : Khalid (musik), adilla, Reez (KBS), Ada, Apaziah, Liza dan Redza (yg mulut ngaga tu)
duduk d depan : Malik dan Salleh

budak budak ni kene hafal steps and routine dalam mase 2 hari

semasa di darul puteri selepas kami finalisedkan routine and steps

semasa rehat in between shoots di gymnasium KBS

kami sempat bergurau selepas pembentangan kami bersama Timb Ketua Pengarah malam tu
alhamdulilahh....kami perlu buat small changes aje, dia syorkan kami menyelitkan lagu lagu patriotik yang ada bahasa mandrin dan tamil.


tujuh orang protege/instructor utk video telah kami pilih (yg berbaju kuning) duduk belakang dari kiri : Liza, Ada, Josephine (dia juga sebahagian dari mentor), Murni
duduk di depan : Apaziah, Redza dan Salleh.

semasa mencari steps dan routine untuk fasa aerobik

bergambar bersama director video (baju belang merah) En Kamal dan pegawai kami dari KBS Azhani

3 Diva + diva cina ehehehe

Kebetulan saya telah dipilih sebagai koordinator untuk video ini dengan ini saya berharap dan berdoa agar Senam Cergas dapat di terima masyarakat Malaysia dan seperti kata kata tag line kami - TIADA ALASAN!! untuk tidak bersenam.

No comments:

Post a Comment