Wednesday, August 26, 2009

Penyampai IKON- Program Reality RTM

Siang tadi saya dijemput sebagai penceramah di program terbaharu RTM, program reality yg mencari an all-rounder broadcast journalist. Saya diberitahu bahawa segmen ini akan disiarkan di TV2 setiap sabtu 8.30 malam. Yg kelakar nya, saya ingat saya hanya dijemput untuk memberi ceramah mengenai kecergasan pada satu segmen sahaja, tetapi rupanya saya bersama en Saiful Nizam Ramli dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara telah di beri tugasan untuk mengajar mereka SenamSeni 1Malaysia pada setiap hari rabu sehingga la selesainya rancangan ini iatu pada bulan November nanti. Kira kira nya macam jadi cek gu la kalau dalam AF tu. 17 orang graduan dari seluruh Malaysia telah dipilih dan setiap minggu RTM akan menyingkirkan (saya pon tak tau berapa orang) penuntut/peserta hingga akhir. Sudah pastinya salah seorang mereka akan dipilih sebagai juara.


diantara graduan yg terpilih. dari hampir 6000 orang diseluruh negara, hanya 17 orang sahaja yang terpilih. Tahniah yea.


tekun mendengar





My first impression was, mereka ini semua peramah (mungkin dah kena phsyo awal awal supaya jangan ade attitute), cerdik, tidak segan segan menanya (satu sifat yg baik) berkeyakinan diri dan good looking. Memang package yg menarik. Saya belum sempat mengenali mereka secara dekat lagi, mungkin bila dah berjumpa setiap minggu, kami akan menjadi lebih rapat lagi. In the meantime, i wish them the very best of luck and jangan ingat its the end of the world kalau anda tersinggir. Your life has just begun..


3 comments:

  1. Mira, kalau club awak memerlukan bantuan dari segi teknik atau ape ape je, saye sedia membantu, insyallah. tak yea pon penggerak2 aerobic tu semua anak murid saye.

    ReplyDelete
  2. ok puan. insyaallah. apa² hal, cikgu suhairi boleh direct dengan puan kan? saya tolong² je :D

    ReplyDelete