Tuesday, June 5, 2012

Kursus Asas SenamRobik Pejabat Kesihatan di Baling, Kedah



 Dari Lumut, saya terus menuju ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Pn Idayu dari Pejabat Kesihatan untuk sama sama kami berangkat ke Baling, Kedah untuk Kursus Jurulatih Senamrobik bagi Pejabat Kesihatan Seberang Jaya.


 Peserta terdiri daripada jururawat, Medical Assistant, jururawat pergigian dan juga staf pejabat


 


sesi pertama telah dikendalikan oleh Pn Norzila dengan topik Etika dan Kemahiran Asas




saya mula masuk sebelah malam untuk meneruskan pembelajaran bersama mereka




kelihatan mereka sedang berupaya untuk mengenal para dan rentak dalam muzik dengan pergerakan bebas


setelah mengenal rentak, mereka mula menggabungkan rentak dengan pergerakan yang telah Pn Norzila ajar sebelum ini


dalam sesi regangan saya mengenalkan  proprioceptive neuromuscular facilitation  kepada peserta 



dan juga regangan statik dan regangan dinamik



 maseh sedaye upaya cuba mengenal muzik



sudah mule bergerak dengan muzik


sesi kondisi otot



sesi regangan dinamik



on their own, nampaknya ustaz begitu bertenaga sekali (terima kasih yea ustaz Yasar diatas pemberian ubat batuk)



regangan statik - sunyi je


Ayu yang manis


 mereka berlatih tanpa letih untuk ujian praktikal






maseh tidak mengaku kalah, terus berlatih




majlis penutup



goofing around and having fun after the tensions from the exam are released



a bunch of happy people





yours truly, Idayu and Norzila



makanan kampung yang tersangat sedap. masakan mereka....perghh.... hebat!!



saye enjoy betul makan disini walaupun saye batuk yang amat teruk (makan tetap makan...eheh)





 beautiful people, mereka ini sangat ceria dan komited, sedey rasenye untuk berpisah dengan mereka


during the practical examinations, we all looked so serious... haishh...



Terima kaseh tak terhingga saya ucapkan kepada Pn Idayu kerana mengundang saya dan Pn Norzila untuk bersama sama menjayakan kursus ini. Walaupun saya kurang sihat (batuk yang amat teruk) saya merasakan ia adalah pengalaman yang amat indah bersama mereka ini. Penangnites are known for their hospitality and friendliness. Terima kaseh kepada Mira & makcik nya yang sudi datang membantu dan tidak ketinggalan terima kaseh kepada semua peserta yang hebat hebat. Jelas sekali mereka berusaha sepenuh hati untuk menghadapi ujian. Tahniah kepada Ustaz Yasar yang telah dinobatkan sebagai peserta terbaik.


Sunday, May 20, 2012

Kursus Kecergasan Fizikal - Tentera Laut DiRaja Malaysia - Lumut, Perak



Alahamdulilahh....selesai sudah Kursus Kecergasan Fizikal yang telah di anjurkan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia di pengkalan Lumut



Peserta yang hadir bukan la orang sebarangan  tetapi terdiri dari Jurulatih jurulatih (coach) dan atlet Tentera Laut DiRaja Malaysia






Mereka terdiri dari jurulatih dan atlet diantara nya dari bola sepak, olahraga, menembak, archeri, bola keranjang, tae kwando dan renang. Maaf yea kalau  ade yang ketinggalan. 



Mereka ini semua memang sudah mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang masing masing,




walau bagaimana pun mereka tetap rendah diri dan akur dengan apa yang kami cuba sampaikan dan ternyata banyak pembelajaran baharu yang mereka perolehi dari kami bertiga iaitu yours truly, Pn Jamuna Rani dan En Malek Abd Majid





bersama Malek Abdul Majid



sedang melakukan regangan statik





latihan dalam kumpulan



ilmu yang ada ini tidak la banyak mane tapi saye cube curahkan segala yang ada untuk memberi mereka idea dalam meningkatkan prestasi dalam  sukan yang mereka ceburi








selepas regang....baharu terase penat




kami bertiga dengan kerjasam dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan kepada peserta. Mereka adalah peserta pertama yang di uji dibawah sistem UKJK yang terkini.




sesi memanaskan badan bersama Malek Abdul Majid







sesi daya tahan dan kekuatan otot bersama yours truly











saya memandang tinggi terhadap mereka kerana mereka melakukan bleep test dalam keadaan panas walaupun baharu pukul 10 pagi akan tetapi disebabkan kedudukan pengkalan ini ditepi pantai, cuaca yang panas ini tersangat menduga kekuatan dan tenaga mereka





kebanyakan mereka lulus cemerlang dalam bleep test dan ujian UKJK secara keseluruhan nya





sempat bergambar bersama Pegawai dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, En Asri Samad



hahh....nasib baik la kawan kawan saye ini sudi datang membantu, terima kaseh yang tidak terhingga kepada Kak Naimah aka Mama Rock, Kak Roy and Anim yea kerana tidak jemu jemu membantu. Terima kaseh juga kepada Kak Roy diatas kiriman rojak Manjong yang terkenal itu.




saya terpakse meninggalkan kursus ini lebih awal untuk meneruskan perjalanan saya ke Baling untuk kursus seterusnya. Perkara ini telah saye maklumkan pada peringkat awal perbincangan dengan penganjur dan alhamdulilah saye telah diberi pelepasan. Terima kaseh Pn Jamuna Rani dan En Malek kerana memahami situasi saye (saya telah selesaikan topik topik saye baharu saye dilepaskan seperti yang disyaratkan)
Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada En Halim, En Suhaimi ,Komander Azizan dan En Asri Samad  kerana memberi kepercayaan kepada kami bertiga untuk mengendalikan kursus ini. Terima kaseh daun keladi.   amiinnn......