Tuesday, October 21, 2014

Karnival Kecergasan Kebangsaan Kategori Aerobik Terbuka

Ade beberapa kategori yang di pertandingkan dan saya telah di lantik sebagai Ketua Juri untuk Step Aerobic manakala untuk kategori Aerobik Terbuka pula saya telah di lantik sebagai Juri Pelaksanaan atau juga di kenali sebagai Execution Judge


Tugas Hakim Pelaksaan ini dianggap kejam kerana juri ini lah yang akan memotong markah setiap kali peserta membuat kesalahan


Dengan lain lain perkataan tugas juri ini adalah untuk mencari kesalahan tiap peserta


Selain dari segi kesinambungan pergerakan, juri ini juga akan menilai setiap pelaksanaan pergerakan pada tiap peserta. Tiap satu kesalahan akan di tolak sebanyak 0.2 markah


Selain mata yang tajam, fokus yang tinggi juga perlu untuk memerhatikan tiap pergerakan dalam mase 1 minit 30 saat ini

Tiga orang hakim diberi tugasan ini dan markah yang tengah akan di ambil kira supaya permarkahan lebih telus dan adil


Selain juri pelaksanaan, ade dua lagi kategori juri yang mengadili iaitu juri artistik dan juga juri pergerakan wajib


Dr Naha dari Kuala Lumpur sebagai auditor dan pembantu beliau Shamsul Anuar dari Johor


Penyokong penyokong kontingen Sarawak dan Johor


Memperkenalkan juri yang terlibat sebelum menjalankan tugas masing masing

Alhamdulilah...selesai sudah dan kategori ini telah dimenangi oleh Negeri Sarawak. Tahniah Sarawak!!

No comments:

Post a Comment