Kursus ini telah di adakan di Kuala Pilah dan saya serta Pn Hjh Azizah dan Pn Norzila telah terpilih untuk mengakredate peserta peserta kursus lanjutan ini
Kursus yang telah di adakan selama 5 hari ini sudah pasti akan meninggalkan kenangan yang mendalam kepada para peserta kerana kursus ini merupakan kursus yang menentukan adakah mereka akan berjaya atau tidak untuk menjadi Jurulatih Kecergasan yang bertauliah dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Kebanyakan mereka telah mempunyai pengalaman dalam kecergasan tetapi tidak mempunyai sijil pertauliahan dari Kementerian
Bermula di hari pertama mereka telah bergerak tanpa henti dari pagi hingga ke tengah malam
kursus kali ini bukan kursus asas dengan ini mereka terpaksa menjalankan tugas yang lebih berat kerana kami hanya akan memberi panduan sahaja
selain itu mereka juga diperhatikan tentang bagaimana mereka berinteraksi sesama sendiri kerana ini memainkan peranan yang penting apabila mereka berada di dunia luar
sikap kerjasama, toleransi dan tolak ansur amat penting bagi menjadi seorang instruktur yang berjaya
saya percaya walaupun mereka letih minda dan fizikal, mereka tetap meneruskan perjuangan demi mendapat pertauliahan
En Mior - pembantu jurulatih yang sangat rajin dan selalu memberi kerjasama kepada peserta
selain daripada membuat sendiri sesi pagi, mereka juga dikehendaki memberi persembahan sebagai tugasan mereka
bukan mudah untuk beraksi di depan para Trainer, ini memerlukan keyakinan diri yang tinggi
En Uzaini ( Pegawai dari Kementerian) sedang memberi taklimat terakhir sebelum ujian di jalankan
Ujian bertulis berlangsung dengan baik
dewan begitu sepi dan sunyi kerana masing masing memberi sepenuh tumpuan kepada soalan soalan teori yang di beri
Salah satu kumpulan yang di uji sempat mengambil gambar kenangan bersama kami (selepas d test lah ni tu sebab boleh senyum)
lelaki lelaki yang bertubuh seperti plastik!
malam penyampaian keputusan
Bersama pegawai kami dari Kementerian, berdiri : En Uzaini yang juga dikenali sebagai Ujang
duduk dari kiri : yours truly, Pn Hjh Azizah dan Pn Norzila
Bersama Dr Zuraidah dari Pahang
wahhh....senyum lebar semua
amboiii...happy nya dah lulus yea....
Tahniah kepada yang lulus, ini hanya permulaan hidup anda sebagai instruktur dan pada yang tidak lulus, ini bererti anda perlu mendalami lagi bidang ini dan belum menjadi rezeki anda lagi. Insyallah kalau di uji sekali lagi, kemungkinan besar anda akan lulus.
Kami bertiga tidur diruang tamu di rumah tetamu di komplek rakan muda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
(penakut punya pasal...)
Thursday, April 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat sejahterah dan salam 1Malaysia..bolehkah saya tahu peperiksaan kertas biasanya tanya soalan apa di dlm kertas exam..??
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya berminat untuk join kursus ini. Tapi tak tahu nk cari dimana sudah hubungi kbs tetapi disuruh tinggal nama no tel dan no ic, lastly ampai sudah pun tak ada feedback. boleh tak Pn Sharifah email sy siti-khadijah@hotmail.com, sy cuba hubungi Pn tapi tidak berjawab. Harap sangat bantuan drpd Pn. Terima Kasih