Buat sekian kalinya kami di minta hadir untuk perbincangan mengenai pembuatan Modul Asas Silat Tahap II di sebuah hotel terkemuka dibandaraya Kuala Lumpur
dari kiri berdiri : En Wan Azlan, Dr Nor Azman, En Mohamad b Mohd Nor, Dr Baharin, En Zukifli, Dr Aziwahija, yours truly, Pegawai PBSB Pn Norzila dan Prof Azlan Ghanie
Sesi perbincangan telah di adakan selama 3 hari 2 malam. Perlu di pertekankan disini bahawa modul Asas Silat ini tidak memihakkan kepada mane mane perguruan. Modul ini hanya lah pergerakan asas yang sudah sedia ada dalam persilatan
Kali ini kami lebih kepada permurnian video dan buku panduan untuk para peserta
Mesyuarat kali ini telah di hadiri oleh pegawai pegawai atasan dari Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kami tetap bersama setelah beberapa tahun berhempas pulas dan memerah otak bagaimana kah cara terbaik untuk mendapatkan modul terbaik untuk Kursus ini. Guru Guru ini datangnya dari Perguruan Silat yang berbeza dengan ini Modul Asas Silat ini lebih menarik kerana mempunyai pergerakan asas dari setiap perguruan.
Saya bukan la ahli atau mahaguru silat dan contribution saya hanya kepada anatomi dan kercergasan. Guru Guru ini akan mempamerkan gerak silat dan saya akan komen dari segi pergerakan dalam kecergasan
Permurnian video pergerakan dalam Modul Asas Silat Tahap II
Bergambar bersama sebelum bersurai
Kami amat berharap pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Seni Budaya dapat meluluskan dan melaksanakan kursus Modul Asas Silat Tahap II pada tahun ini supaya peserta peserta dari Tahap I dapat dinaikkan ke Tahap II
Kalau bukan Kite bangsa Melayu ini, sape lagi yang akan mepertabatkan Silat
No comments:
Post a Comment