Tuesday, March 19, 2013
Forum - Isu dalam Industri Kecergasan Universiti Malaya
Saya telah diundang oleh Pusat Sukan Universiti Malaya untuk menjadi panel dalam sebuah forum untuk pelajar pelajar. Di forum ini saya dikehendaki untuk membentangkan isu isu semasa, sejarah dan masa depan industri kecergasan dalam negara kita. Bersama sama saya didalam panel ini adalah En Daing Daniel Al Fitri, En John Chandra dan En Jerrican Tan
Setiap kami diberi tajuk yang perlu kami bentangkan dan selepas itu kami dibuka untuk soal jawab bersama peserta yang terdiri bukan sahaja dikalangan pelajar tetapi juga dikalangan tenaga pengajar di universiti ini
En John Chandra sedang membentangkan tajuk beliau mengenai VO2Max
En Daing Daniel dengan tajuk mengenai kecergasan dan seni bela diri
En Jerrican dengan tajuk kursus kursus yang ditawarkan dan masa depan tenaga pengajar dibidang kecergasan
Sebelum bermulanya forum, saya telah terlebih dahulu berkenalan dengan pelajar dan telah mengadakan satu sesi senaman bersama mereka
Mereka kelihatan gembira dan banyak soalan soalan yang ditanya mengenai masa depan industri kecergasan dalam negara kita
Saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada pihak universiti kerana sudi menjemput saya sebagai panel forum yang julung julung kali diadakan oleh pihak Pusat Sukan Universiti Malaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
would you able to contact me regarding a family day event, 016 533 1513h/p Gobi
ReplyDelete