Tuesday, October 4, 2011

Road Tour Kecergasan 2011 - siri ke 2 Teknik Mengajar & Teknik Koreografi

Rich Learning telah dengan berbesar hati memulakan Road Tour Kecergasan Siri ke2 di Pulau Pinang. Walaupun kami menghadapi berbagai masalah untuk pergi ke Pulau Pinang, saya dan Puan Maizatul telah bertekad untuk menyampaikan misi kami iaitu berkongsi ilmu dengan kawan kawan di Penang dan Kedah.





Alhamdulilahh....peserta yang datang menunjukkan minat yang mendalam dalam memperbaiki diri dalam bidang ini.




saya amat terharu dengan sambutan mereka dan semangat mereka untuk belajar



pendekatan saya lebih kepada teori berselangkan praktikal supaya mudah bagi peserta memahami apa yang cuba saya sampaikan





walaupun kami sentiasa bergerak cergas, peserta masih lagi menunjukkan semangat yang kuat untuk terus belajar.





Satu satunya peserta lelaki dalam bengkel kali ini - saudara Ahmad Ismail





saya berharap agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang lebih memberatkan kepada teknik





dah mula sawan ler tu... ehehe




Saya amat berharap agar peserta yang hadir mempelajari sesuatu yang berharga dan dapat mereka gunakan teknik teknik ini semasa mereka melakukan kelas kelak. Seperti yang saya katakan di awal bengkel tersebut... saya lebih suka memberi kail daripada memberi ikan.
Semuga peserta Road Tour Kecergasan di D'Jawi Bella Hotel Penang diberi jalan mudah dalam mendalami bidang ini dan saya doakan anda semua berjaya yea


*Note : ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Fahmi dan Nan diatas bantuan anda, mohon maaf kalau ade yang tak kene. Terima kasih kepada leeza dan Ayu, walaupun anda telah akredate, anda berdua masih support saye dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat. Hanya Allah saje yang membalasnya...

1 comment:

  1. Sama-sama cikgu Hanim. Thank a lot wlupun pelbagai dugaan n aral melintang sampai juga kt Penang utk berkongsi ilmu dgn kami disini. Tak semestinya yg akredite tu dh pandai..bnyk lagi yg plu sy plajari dr cikgu utk terus maju dlm industri ini.

    ReplyDelete