Friday, April 15, 2011

Program Transformasi Jurulatih Biro Tata Negara

Pengalaman mengajar yang tidak akan saye lupekan sampai bile bile, itu lah yang boleh saye katekan sekembalinye saye dari kursus ini. Dalam banyak banyak kursus yang saye kendali, kursus kali ini amat istimewa sekali buat diri saye. Saye ditugaskan bersama Puan NorZila (Kedah) untuk melatih para para Jurulatih Biro Tata Negara untuk menjadi jurulatih kecergasan.


Lokasi program adalah di Kem Bina Negara di Ulu Sepri di Negri Sembilan. Untuk sampai kesane saje membuatkan kami berdua terdiam paku. Tempatnye nun jauh kedalam dan ini adalah kali pertama buat kami berdua datang mengajar kursus di Kem Bina Negara..




Sesampai saje, kami disambut mesra oleh salah seorang peserta yang juga seorang jurulatih diUlu Sepri yang menyuruh kami memanggilnye dengan panggilan Pak Usop walaupun ternyata Pak Usop jauh lebih muda dari kami berdua




Kami bermukim dirumah tetamu yang amat selesa lengkap dengan tv astro dan pendingin udara





Kami terkejut bilemane kami sampai di dewan kuliah kerana rata rata peserta yang datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah adalah dalam kategori Belia Senior




Kami berdua berbincang bagaimanakah cara yang terbaik untuk kami menangani masalah ini kerana kami takut kalau kalau peserta terase hati jika kami terlalu tegas




Paling menariknye, kebanyakan mereka adalah dari kalangan bekas komando tentera dan ini membuatkan saya rase begitu bangga dapat bergaul dengan mereka kerana saye memang sangat sangat menghormati parajurit negara yang banyak berjasa pada negara kite




walaupun kebanyakan mereka berumur diantara 50 - 63 tahun, saye amat amat terharu dengan semangat kental (mungkin dari kekentalan sikap tentera) yang tidak mahu mengaku kalah dan terus berusaha gigih untuk mencuba sesuatu perkara yang amat baru dan asing buat diri mereka





Saye perhatikan ada diantara mereka memang jelas penat dan letih namun begitu masih mahu teruskan perjuangan mereka.




saye merasa tercabar bilemane melihat bersemangat mereka melakukan latihan demi latihan walaupun kebanyakan mereka berumur lebih separuh abad.




dari kiri : yours truly, Kak Zila dan Salleh semase ujian praktikal




Ini lah wanita yang bertanggung jawab diatas kursus ini - Puan Haslinda. Walaupun beliau berbadan dua, beliau tetap bersama kami melakukan praktikal sehingga tamat kursus. Tabek puan!





sehabis solat subuh, peserta dikehendaki menghadiri tazkirah subuh selepas itu terus bersenam pagi bersama pembantu kami, jurulatih kecergasan - Salleh.




walaupun begitu mereka langsung tak nampak penat atau letih malah sentiase ceria




pemandangan dipagi hari di hutan ULu Sepri, saye merase begitu nyaman dan tenang di tempat ini



perhatikan pemandangan pokok pokok yang cantek di belakang



sungai kecil yang cantek, bersih dan nyaman seperti mengundang saye untuk berendam akan tetapi saye terpaksa melupakannye kerana ada tugas penting yang wajib saye dulukan




pemandangan yang amat indah dan permai, sejuk mate memandang




kami dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan




rumah tetamu tempat tinggal kami, perhatikan hutan disekeliling rumah ini. Saye dapat dengar bunyi bunyian di hutan siang, malam, pagi dan petang. Amat menyeronokkan! Udara bersih dan tempat ini pun dijage dengan baik. Syabas saye ucapkan kepada para pekerja dan staf di Ulu Sepri, tempat yang indah dan saye berharap suatu hari nanti saye berkesempatan datang ketempat ini lagi.




Terima kasih saye ucapkan kepada semua peserta yang hadir diatas kerjasama yang diberi dan perlu saye tekan disini mereka ini mempunyai disiplin yang amat baik. Terima kasih juga saye ucapkan kepada Pn Haslinda, Pak Izhar, Tok Penghulu Pak Basiron dan Pak Usop yang banyak membantu kami semase berada di tempat yang indah ini.

No comments:

Post a Comment