Wednesday, October 7, 2009

Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara Tahap 3, Johor Bahru

Alhamdulilahh...bile En Haris talipon masa bulan puasa tempohari, saya ibaratkan kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Apa tak nya, saya dipilih untuk jadi jurulatih di kursus diatas bertempat diJohor Bahru. Dah lama saya tak balik kampung asal usul saya ni. kalau balik pon setakat sehari dua saja. Saya mengambil peluang ini untuk pergi beraya di rumah saudara mara yg memang dah lama saya tak jumpa. Kursus bermula dari 2hb - 7hb oktober bertempat di Tropical Inn Johor Bahru. Sessi kelas saya adalah pada hari pertama, kedua dan pada hari kelima dan hari keenam.

Pandangan dari bilik hotel saya di tingkat 17, Tropical Inn, JB



Yours truly bersama abg Abu dan Angah semasa menjadi pemeriksa utk praktikal SenamSeni Malaysia
Cek gu Sanoyah dari Selangor semasa ujian praktikal Senam SEni Malaysia


Peserta semasa sesi latihan tarian istana Layang Mas

walaupon nampak ganas dengan image botak (ehehe) cek gu Ismail ni masih bole menari tarian Istana dengan baik


Cek gu Tham dari Johor sedang memberi satu pose tarian Bharatanatyam
Zainuddin aka Faxs dari Selangor sedang berlatih tarian Klasik India Bharatanatyam


Yours truly bersama Jumaninur, sempat melayari internet semasa berehat di coffee house sambil menunggu giliran kami mengajar


Cek gu Mahindran dari Selangor dengan kuda kepangnya - heee hawwww...


Ini pula peserta musik yang sedang rehersal utk majlis penutup pada 7hb oktober 2009

Peserta peserta kursus dikehendaki memberi persembahan di hari penutup. Tarian Layang Mas


Tarian klasik India - Bharatanatyam


Penari Kuda kepang yang gagah



Persembahan yang terakhir - Senam SEni Malaysia
meriah!!
yang berkupiah tu ada lah Pak Teh (en Mat Khir) dari kedah. Dia adalah peserta yang paling veteran - 64 tahun tapi masih mampu bersenam seni. hebat betul pak teh ni


Boss besar JSBN - En Mohd Zein bin Mohd Sahid
Tokey saya yg sedang bz - En Haris (masih bujang - any takers?)
haaa... ni abg abu (En Abu Bakar) ketua fasilitator tarian
senyum aje En Ramlan Iman ( ketua fasilitator Musik) bersama Pak Raden (fasilitator Musik)

No comments:

Post a Comment