Wednesday, March 27, 2013
Trio Saka in Seremban
Trio Saka begitu la gelaran yang di berikan kepada tiga orang instruktur yang berkaliber dan glamor. Di sebabkan mereka ini sering di gandingkan bersama maka timbul la gelaran ini kepada mereka sebagai satu gimmik yang menarik. Trio Saka terdiri daripada Shah Bariah, ALiez Jazam dan Ija
kami sebagai senior datang untuk memberi support kepada program yang telah di anjurkan oleh Ija ini
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan kebanyakan peserta yang hadir adalah dari kawasan lembah kelang dan juga kawasan Negeri Sembilan, ada juga yang datang jauh dari Johor dan Melaka
Peserta sempat bergambar bersama sebagai kenangan bersama
Jon dan Zoufi juga hadir sebagai tetamu undangan dan telah menyampaikan satu persembahan yang amat menarik bersama penari mereka
saudara Abd Rahman sebagai MC pada hari ini
dari kiri : Adilla, yours truly dan Azura dari Rembau
Lelaki lelaki kacak dan cergas : Yusman dan Saiful
peserta yang tidak kenal penat dan lelah
gambar kenangan bersama kawan kawan yang datang dari Johor dan Bangi
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Ija kerana telah menganjurkan satu program yang menarik di Seremban, Negeri Sembilan. Biasanya program seperti begini hanya terdapat dikawasan Kuala Lumpur akan tetapi Ija begitu positif untuk memberi kelainan kepada masyarakat setempat.
Tuesday, March 19, 2013
Forum - Isu dalam Industri Kecergasan Universiti Malaya
Saya telah diundang oleh Pusat Sukan Universiti Malaya untuk menjadi panel dalam sebuah forum untuk pelajar pelajar. Di forum ini saya dikehendaki untuk membentangkan isu isu semasa, sejarah dan masa depan industri kecergasan dalam negara kita. Bersama sama saya didalam panel ini adalah En Daing Daniel Al Fitri, En John Chandra dan En Jerrican Tan
Setiap kami diberi tajuk yang perlu kami bentangkan dan selepas itu kami dibuka untuk soal jawab bersama peserta yang terdiri bukan sahaja dikalangan pelajar tetapi juga dikalangan tenaga pengajar di universiti ini
En John Chandra sedang membentangkan tajuk beliau mengenai VO2Max
En Daing Daniel dengan tajuk mengenai kecergasan dan seni bela diri
En Jerrican dengan tajuk kursus kursus yang ditawarkan dan masa depan tenaga pengajar dibidang kecergasan
Sebelum bermulanya forum, saya telah terlebih dahulu berkenalan dengan pelajar dan telah mengadakan satu sesi senaman bersama mereka
Mereka kelihatan gembira dan banyak soalan soalan yang ditanya mengenai masa depan industri kecergasan dalam negara kita
Saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada pihak universiti kerana sudi menjemput saya sebagai panel forum yang julung julung kali diadakan oleh pihak Pusat Sukan Universiti Malaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































