Showing posts with label road tour kecergasan 2011. Show all posts
Showing posts with label road tour kecergasan 2011. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Road Tour Kecergasan 2011 - siri ke 2 Teknik Mengajar & Teknik Koreografi

Alhamdulillah....selesai sudah Road Tour Kecergasan anjuran Rich Learning Sdn Bhd pada 29hb Oktober 2011 baru baru ini. Sebagai penutup kami telah mengadakan Bengkel Teknik Mengajar dan Koreografi di Bukit Jalil Golf Resort.


saye begitu teruja melihat peserta yang bersungguh sungguh untuk menimba ilmu tentang menjadi seorang jurulatih kecergasan. Bukan mudah yea... tapi alhamdulilahh...terang hati semuanye..




dari kiri yours truly bersama salah seorang peserta dan orang yang bertanggung jawab diatas anjuran Road Tour Kecergasan - Puan Maizatul Sahat



saye mengundang Aliez Jazam (berbaju biru dan berseluar pink) sebagai pembuka tirai dengan melakukan 'warm up' dan latin fushion. Thank you Aliez for the job well done.


tabek hormat saye kepada peserta paling senior yang berbaju hijau iaitu Kak Wan yang tidak pernah lelah dan penat dalam melakukan pergerakan.


yeyyy.....dapat sijil ...


sesi pagi




dah mule bergerak




alhamdulilahh....semuanya hebat hebat belaka




rasenye ni la peserta yang paling muda, namenye pun manje - Salehin atau Choin, Ipoh mali...




yeyyy.....dapat sijil lagi....




bergambar kenangan bersama peserta







pose mautzz tu.... eheh





mintak mintak jangan serik yea...


amboiii.... mane kucing nye....tak bawak yeh...




mak aiihhh.....ketinggian Nelly terserlah!


peserta paling tinggi....ehehehe....dia ni memang cantek macam model - Nelly dari Tampin
terase bantut la pulak....




Saye amat enjoy bersama peserta dari semua zonang Road Tour Kecergasan lawati iaitu - Puchong, Kota Bahru, Kemaman, Kuching, Johor Bahru, Penang dan penutupnye di Bukit Jalil. Saye amat berharap ramai peserta telah dapat sebanyak sedikit ilmu yang telah saye kongsi bersama dan dengan ini dengan secara tidak langsung sudah mule mengajar dengan teknik teknik yang betul yang perlu seorang jurulatih kecergasan memahiri. (is there such a word? memahiri). All the best kepada semua dan seperti ape yang selalu saye katekan.... belajarlah dengan seberape ramai guru yang ade, semua guru guru ade kekuatan masing masing. Ambil dan cekup yang terbaik dari tiap guru dan anda akan menjadi yang terbaik!

Setinggi tinggi penghargaan saye kepada Pn Maizatul dan suami (Hafiz) yang telah membuka jalan kepada ramai orang tentang kelebihan kecergasan dalam kehidupan seharian. Dengan bengkel bengkel seperti ini, kite bukan sahaja dapat membina kecergasan dan kecerdasan tetapi juga meningkatkan keyakinan diri, dapat menjana dan menambahkan pendapatan walaupun melakukannye secara sambilan.

Saye lebih suke memberi kail dari memberi ikan.

Semuga kite jumpe lagi di tahun 2012!! Assalamuallaikum...

Tuesday, October 4, 2011

Road Tour Kecergasan 2011 - siri ke 2 Teknik Mengajar & Teknik Koreografi

Rich Learning telah dengan berbesar hati memulakan Road Tour Kecergasan Siri ke2 di Pulau Pinang. Walaupun kami menghadapi berbagai masalah untuk pergi ke Pulau Pinang, saya dan Puan Maizatul telah bertekad untuk menyampaikan misi kami iaitu berkongsi ilmu dengan kawan kawan di Penang dan Kedah.





Alhamdulilahh....peserta yang datang menunjukkan minat yang mendalam dalam memperbaiki diri dalam bidang ini.




saya amat terharu dengan sambutan mereka dan semangat mereka untuk belajar



pendekatan saya lebih kepada teori berselangkan praktikal supaya mudah bagi peserta memahami apa yang cuba saya sampaikan





walaupun kami sentiasa bergerak cergas, peserta masih lagi menunjukkan semangat yang kuat untuk terus belajar.





Satu satunya peserta lelaki dalam bengkel kali ini - saudara Ahmad Ismail





saya berharap agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang lebih memberatkan kepada teknik





dah mula sawan ler tu... ehehe




Saya amat berharap agar peserta yang hadir mempelajari sesuatu yang berharga dan dapat mereka gunakan teknik teknik ini semasa mereka melakukan kelas kelak. Seperti yang saya katakan di awal bengkel tersebut... saya lebih suka memberi kail daripada memberi ikan.
Semuga peserta Road Tour Kecergasan di D'Jawi Bella Hotel Penang diberi jalan mudah dalam mendalami bidang ini dan saya doakan anda semua berjaya yea


*Note : ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Fahmi dan Nan diatas bantuan anda, mohon maaf kalau ade yang tak kene. Terima kasih kepada leeza dan Ayu, walaupun anda telah akredate, anda berdua masih support saye dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat. Hanya Allah saje yang membalasnya...

Wednesday, July 6, 2011

Road Tour Kecergasan - Puchong, Selangor

Diatas permintaan ramai, Road Tour Kecergasan sekali lagi hinggap ke Komplek Rakan Muda Puchong Selangor pada 26hb Jun 2011. Kali ini penyertaan adalah di kalangan peserta yang tidak sempat datang pada Road Tour pertama dan juga ade yang datang untuk ke2 kali nye sebagai penambahan ilmu.



semase yours truly dengan Pn Maizatul dari Rich Learning Sdn Bhd di wawancara oleh Majalah I-Sihat



alhamdulilahh... mereka semua begitu tekun belajar dan kebanyakan mereka berhasrat untuk menjadi Jurulatih Kecergasan kelak.




peserta di kehendaki membuat pergerakan mengikut rentak musik dengan gaya tersendiri untuk memberi mereka ruangan untuk mengaplikasikan kreativiti mereka.




dengan cara ini, mereka secara tidak langsung mempelajari untuk mendengar dan berkreatif




saye mengkehendaki mereka bekerjasama dalam kumpulan dengan ini mereka akan belajar sikap toleransi dan kepimpinan






tugasan paling berat rase saye adalah bagaimana untuk menjalinkan 'team work' almaklum sajelah, ramai kepala





sikap positif amat penting bagi seorang jurulatih kerana bile mereka berada di dunia luar sane, mereka akan menghadapi berbagai bagai ragam manusia. Sebetulnye ini lah challenge yang paling berat bagi seorang jurulatih untuk bertahan lame dalam industri ini




alhamdulilahh takat ini, ape yang saye lihat semua peserta Road Tour Kecergasan mempunyai sikap yang baik dan minat yang dalam untuk menjayakan diri sendiri




errr....tak tau laa tengah sebut ape pada waktu ini... ehehe




saye faham memang agak sukar untuk belajar sesuatu dalam mase tak sampai sehari, akan tetapi saye sedaya upaya berusaha agar peserta tidak berputus asa dan terus belajar




kite cube sekali lagi dengan pergerakan pulak yea.... jangan putus asa tau...




sempat bergambar bersama peserta




dah ndak balik ni....sempat juga yea... :)





Saye amat berharap kite akan berjumpe lagi pada siri seterusnye, insyallah mudah2an dipermudahkan pekerjaan dan dimurahkan rezeki kite semua. Ibarat mengajar anak berjalan, bertatih tatih dahulu, bile dah boleh berjalan sendiri...yea...silakan berjalan dan terus berlari. Sebagai seorang tenaga pengajar saye amat merasa bangga bile melihat murid2 dan bekas murid2 saye berjaya dalam bidang ini. Berbaloi la usaha saye selame ini. :)

Semuga berjaya semuanye dan harapan saye agar kite dapat berjumpa lagi di siri Road Tour Kecergasan seterusnye....insyallah...