Thursday, November 15, 2012

Karnival Kecergasan dan Sambutan Hari Belia 2012 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

 Karnival Kecergasan telah di adakan bersama dengan sambutan Hari Belia peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini


Sebelum bermulanya pertandingan, telah diadakan sesi senaman yang di terajui oleh instruktur instruktur yang berkaliber di Negeri Sembilan



sesi senaman ini diadakah lebih kurang selama satu jam dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari masyarakat setempat



ramai juga yea peminat kecergasan di kalangan orang Negeri Sembilan



Pertandingan bermula sejurus sahaja tamat sesi senaman yang di mulai dengan pertandinga Fit Ball



selain Fit Ball katergori Senamrobik dan Hip hop juga di pertandingkan


 Pertandingan Step Board telah mendapat persaingan yang sengit



Bukan senang untuk melakukan senaman diatas board kerana ini memerlukan stamina dan ketangkasan bergerak



Untuk pertandingan ini saya telah di jemput sebagai Ketua Hakim



Pertandingan Hip Hop juga kelihatan menarik




setelah tamat pertandingan Aerobik, Fitball, Step Board and Hip hop, pertandingan Lompat Tali pula di adakan



Pertandingan ini disertai oleh kanak kanak sekolah di dua peringkat iaitu peringkat sekolah menengah dan peringkat sekolah rendah



Kumpulan D' Gorgeous yang telah menjadi johan bagi kategori Step Board


 dari kiri : Tham sebgai penjaga masa dan hakim hakim terdiri dari Addy, Hanina, yours truly dan Rizal


 Kumpulan yang mendapat tempat kedua kategori Step Board


paling saya appreciate ialah kumpulan ini yang di pimpini oleh Ena, mereka sangat2 komited dan telah memberi persembahan yang memberangsangkan. Terima kaseh Ena di atas komitmen anda


bergambar bersama Coach dan Pengurus D' Gorgeous



Gambar kenangan bersama ahli ahli persatuan dan urusetia yang telah bertungkus lumus untuk pertandingan ini dan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Tuan Hj Bahar (baju kotak kotak)


Harap dapek la kito berjumpo nanti di peringkat akhir....insyallah...

Monday, October 29, 2012

MasterClass bersama Leeza Ibrahim - Sungai Petani Kedah



 Kebetulan saya dan rakan rakan ditugaskan untuk mengajar kursus di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Sg Petani Kedah. Saya berdua dengan saudara Saiful menaiki kereta kerana kami masih ade tugas yang perlu diselesaikan  manakala Ija dan Salleh telah menaiki bus lebih awal.



Kami sampai Sg Petani sehari lebih awal dari kursus yang telah di tetapkan untuk kami jalankan. Dengan itu tiba tiba datang pulak idea saya untuk mengadakan 'masterclass' sebagai pendedahan kepada warga Sg Petani.




Orang yang paling saya kenal di Sg Petani adalah Pn Leeza Ibrahim yang kebetulan pula mempunyai studio aerobik nya sendiri di bandar Sg Petani.




Seminggu sebelum itu saya telah hubungi beliau dan unsurkan agar beliau mengadakan masterclass ini di studio beliau akan tetapi feedback yang di terima amat menggalakkan. Beliau dapat mengumpul lebih seratus  (100 yes One Hundred) orang peserta untuk program bidan terjun ini.



Alhamdulilahh syukur...selain daripada memberi pendedahan kepada warga Sg Petani, saya juga berhasrat untuk memperkenalkan Ija dan Salleh kepada mereka.



warga Sg Petani sangat sporting dan telah memberi kerjasama yang amat membanggakan



Kebanyakan mereka mempunyai stamina yang baik dan paling ketara, peserta yang hadir terdiri daripada berbilang kaum. Syabas Leeza!



Salleh aka Along  dan Ija aka Ramizah Kamis telah membuka tirai dengan mengadakan sesi memanaskan badan



dan diikuti dengan Kick Boxing oleh Salleh


Ija menyusul kemudian dengan latin moves Batuka beliau



 Ija aka Ramizah Kamis - ibu tiga orang anak dan maseh cun melecun



Salleh dengan kick boxing dan di belakan beliau dari kiri - Saiful, Ija, Ayu dari Penang dan Leeza Ibrahim




warga Sg Petani yang amat sporting dan bertenaga bergerak tanpa berhenti selama hampir 3 jam




yours truly bersama teman yang saye kenali sebagai Wan



dari kiri :- Salleh, yours truly, Leeza Ibrahim, Ija dan Saiful



 teman teman yang tak jemu jemu support kami dan leeza. sangat beruntung Leeza mempunyai teman teman yang baik dan sentiasa menyokong kegiatan beliau



Sg Petani rocks!! Best taw depa ni semua.....




biasa la sesi bergambar


Terima kaseh Leeza kerana dapat mengumpulkan orang dalam a very short notice. Terima kaseh yang juga kerana sudi anjurkan perjumpaan ini. Terima kaseh warga Sg Petani yang sangat warm dan sporting. Terima kaseh teman teman semua kerana sudi menerima kami berempat ini. Alhamdulilahh....insyallah kalau ade rezeki kita berjumpa lagi....

Alhamdulilah I am blessed