Wednesday, April 25, 2012

Bengkel Teknikal Karnival Kecergasan 2012



Saya mendapat panggilan dari Kementerian Belia & Sukan semase di Mekah, dipilih untuk memberi sumbangan dari segi teknikal untuk pertandingan kecergasan yang akan di adakan pada tahun 2012 ini. Excited sebab dah lame tak jumpe kawan kawan yang pernah terlibat sama pada pertandingan pertandingan sebelum ini




Touch down dari Mekah pada pukul 3 ptg, begitu begini lebih kurang hampir jam 7 ptg baharu sampai rumah. Memang jet lag sebab perubahan waktu semasa dalam pesawat, tetapi semangat kuat untuk pergi ke bengkel. saye cume ade 2 hari saje untuk settlekan rumah yg ditinggalkan hampir 2 minggu dan settlekan baju baju kotor dan barang barang yang baharu dibawa balik.





20hb dah packing dan bergerak ke Melaka, walaupun jetlag (badan tak penat sebab semangat tinggi) saya begitu ceria untuk berjumpa dengan kawan kawan yang agak lama tidak ketemu





kami berempat (termasuk Rahman) sampai tepat waktu, yang lain semua  tak sampai lagi seperti yang tertera pada surat jemputan. Kami pun jalan jalan di Mahkota Parade yang terletak bersebelahan dengan hotel kami. dari kiri Azizah Othman, Josephine Chor, yours truly dan Aspalela




bersama kak Zila yang datang jauh nun dari Kedah




my good pal Malek Abdul Majid pun terlibat sama




kami di beri peluang untuk memilih kategori mane yang kami suke. Finally saye, Jo dan Kak Zila memilih untuk bersama didalam kategori Step Aerobic. Sepatah kate Jo.... memang makanan kami




Azizah Othman on Fitball with Aspalela and Aishah with Abd Rahman on Aerobics



tengah keje pun maseh boleh bergambar, biase la kami kami ni....



kak zila and i concentrating hard on the presentations



ah haaa....model of the year! orang lain semua pakai baju santai...dia ni sorang aje pakai baju macam nak bersukan...ape lagi....kene la jadi mangsa untuk jadi model, tapi ....lebih lebih la pulak amoi ni...ehehehe







all in the family



with abang misai melintang ular sawa - one and only John Rahman. Nampak memang ganaz tapi hati munga munga gitu...




yeyyy....dapat sijil! on my right is Pn Lidyawati from KBS and her boss Tuan Hj Salleh



malam malam Hishamuddin aka Giant blanje kami semua makan seafood. walawey....sedap tuu....tenkiu yea Giant


All in we enjoyed working together as always and we enjoyed each others company. Thank you KBS for inviting us and i hope our contribution did play a big part on the competitions

Dengan ini saye berharap sangat agar lebih ramai lagi yang akan berani tampil kehadapan untuk masuk bertanding didalam kategori kategori seperti berikut : Aerobic, Step Aerobic, Fitball, Hip Hop, Lompat Tali and Bina Badan.

Jabatan Belia & Sukan Selangor akan mengadakan Bengkel Teknikal pada 1hb Mei 2012 ini bertempat di Komplek Rakan Muda Puchong @ 9.00am. Di alu alu kan semua untuk hadir, kalau tidak untuk masuk pertandingan, sekurang kurangnya ambil pengetahuan dari segi teknikal bagaimana kah cara untuk bertanding.


Friday, April 20, 2012

Kursus Akreditasi Instruktur Kecergasan (ASAS) - Majlis Sukan FELDA wilayah Segamat & Johor Bahru




 Bahagian Pembangunan Sukan,Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan kerjasama  bersama Majlis Sukan FELDA bagi melaksanakan Kursus Akreditasi Instruktur Kecergasan (Asas Senamrobik) di setiap wilayah FELDA






 
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan ilmu asas Instruktur Kecergasan di mana para peserta yang hadir akan menjadi duta kecergasan di wilayah  masing-masing.










 Gambar gambar semasa majlis penutup bersama staf Majlis Sukan FELDA dan Penyelaras dari Wilayah Segamat dan Wilayah Johor











Diantara objektif penubuhan Majlis Sukan FELDA ia lah untuk menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan semua warga FELDA  dan melahirkan ahli sukan berprestasi tinggi yang boleh menyumbang kepada sukan negara






    




           Meriah!!



sesi pembelajaran


steadi je semua pada hari pertama



tekun belajar perkara yang sangat baharu buat mereka



Penghuluwati yang sangat berdisplin dan telah menjalankan tugas dengan baik sekali





ade yang tersenyum dan ade yang masih bingung



para jejaka tampan warga FELDA yang turut serta dalam kursus ini



The Iron Lady behind Majlis Sukan FELDA - Pn Hajah Roselina Idrus, tanpa beliau...belum tentu akan tercapai hasrat FELDA untuk mewujudkan Majlis Sukan FELDA yang berprestij ini. Pn Roselina bergambar bersama orang kanan beliau - cik Shila yang tak jemu jemu memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus ini




Majlis makan malam yang disertai dengan persembahan dari setiap kumpulan






 walaupun hanya setelah dua hari belajar, mereka berupaya menunjukkan skil yang baik






 tiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan apa yang telah mereka belajar 




Tiap kumpulan di beri hadiah dan gelaran sebagai dorongan untuk mereka bekerja dengan lebih keras lagi. Idea yang sangat baik dari Pn Roselina sendiri


 


Jelas sekali mereka sangat dedikasi - bukan calang calang yea, hebat tau warga FELDA 





sempat bergambar bersama sahabat - dari kiri Aishah, Musz (Pegawai dari KBS) dan yours truly




bersama penyelaras yang sentiasa mengawasi anak anak buah mereka (abg yang bermisai tu mmg seorang jurulatih kecergasan yang bertauliah - hero macho abg misai melintang ular sawa abg Mus)



bergerak dan terus bergerak 



laku betul minyak gosok dan ubat penahan sakit



from left : Redza, Aishah, Shila and yours truly



haaa....nengok tu...betapa dedikasinya peserta ini....walaupun cedera dan terpaksa duduk di kerusi roda, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus belajar. Saya bangga dengan anak anak buah Pn Roselina ini. Syabas!!


Pn Roselina pernah menjadi guru aerobik saya semasa saya mula mula berjinak didalam bidang ini pada awal 90an dulu. Tak sangka kami dapat bekerjasama setelah hampir 20 tahun tidak bersua. Tabek spring saya pada beliau



makan malam bersama pengurus wilayah dan peserta



ape la tu yang Musz buat tu....sikit punya concentrate membelek handphone



sedang menonton persembahan menarik dari peserta



pandangan dari tingkap bilik saya di tingkat .... errr...lupa lah..


sebilik dengan aishah (tingkat berape ek Nchah?) 




 view from New York Hotel, Johor Bahru



haaa....ni kawan lama ni... Yazid Abdul Rani sedang beraksi. Dia bersama dengan saya sebagai tenaga pengajar di kursus ini 



abang ni asyik je amek gambar orang....tanpa dia sedari saya pun amek gambar dia . Dia photographer yang telah di lantik untuk mengambil gambar dan video semase kursus dijalankan


yours truly bersama Puan Hjh Roselina yang mempunyai wawasan yang hebat untuk Majlis Sukan FELDA, malah Majlis Sukan FELDA sangat beruntung mendapat beliau sebagai Pengarah kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Beliau adalah mantan Pengarah Majlis Sukan Melaka dan mantan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Kudos to you my friend, very proud to have you around in the industry.