Friday, October 29, 2010

Konvensyen Industri Sukan Malaysia - KISMAS

Petikan dari kata kata aluan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia - " Kementerian Belia & Sukan (KBS) mengambil langkah poaktif dengan mengadakan makmal Bidang Ekonomi Utama Kementerian Industri Sukan bagi menyediakan hala tuju dan pelan stragegik industri sukan negara dari perspektif sumbangan ekonomi kepada negara dimana ianya merupakan langkah KBS dalam merealisasikan tahun industri sukan 2011"



Objektif konvensyen ini adalah untuk mewujudkan sinergi kerjasama dari sudut perkonsian pintar, pengetahuan dan kemahiran dengan agensi agensi sukan negara dan antarabangsa.


Selain itu juga dapat memberi pendedahan dan maklumat terkini mengenai strategi menjana Industri Sukan ke arah pembangunan ekonomi negara




Memperkukuhkan rangkaian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan lain lain agensi yang terlibat di dalam pembangunan ekonomi negara melalui aktiviti dan pengajuran sukan.




Sukan sekarang bukan sahaja melibatkan atlet, pihak pengurusan dan kerajaan, namun ia turut menjadikan sukan sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan kepada negara di mata dunia.


semasa bersalaman dengan menteri



Terjumpa pulak kawan lama




kesimpulan saya : konvensyen ini bukan sekadar konvensyen biase tetapi membuka minda saya bahawa sukan adalah satu industri yang boleh menjanakan ekonomi negara.



Sports as a source of wealth. Sports culture can create more businesses for the nation. Sports will be the future industry to enable the power of the nation's economy.

Thursday, October 21, 2010

Kursus Jurulatih Senibudaya Negara Tahap II - Teater

Bersama peserta teater memang satu pengalaman yang ceria. Mereka ini sentiase ceria walaupon dalam keadaan terdesak, ade saje telatah yang melucukan. Mungkin disebabkan oleh perwatakan yang mereka cuba menjiwai atau pon memang mereka ini jenis 'vocal' disebabkan background teater mereka dibandingkan dengan peserta tari yang lebih serious.


Walaupon mereka tidak dapat melakukan pergerakan dengan baik namun mereka tidak berputus asa untuk berlatih setiap kali bile ada kelapangan sepanjang kursus diadakan. Sikap positif ini yang membuat saya terpanggil untuk membantu mereka.





Persembahan mereka semasa majlis penutup.




Tidak kering gusi kami dibuatnye.




Kalau ndak tau, yang kurus tu ada lah jin aprit yang kununnye bole grant 3 wishes pada peminta nye



Menarik sekali tentang peserta teater ini, mereka sentiasa bersatu dan bersikap kekeluargaan mugkind disebabkan bilangan mereka yang kecil.




SeaMeo- Recsam Pulau Pinang - sangat selesa dan sesuai untuk diadakan kursus. Paling TERBAIK adalah masakan utara yang sangat lazat di cafetaria.