Tuesday, June 23, 2009

SenamSihat TV2 bersama Nadia Chantek

Saya digandingkan bersama Nadia Mustapha sekali lagi untuk slot SenamSihat TV2. Kali ini kami shoot sebanyak 4 slot lagi. Pagi pagi lagi saya dah tersangkut di jam selepas tol Sg Besi sampai lah selepas angkasapuri selama 1 jam. Shooting yg sepatutnya bermula pada pukul 8.30am terpaksa dimula sejam lambat. Kami shooting di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya. Sehabis shoot sekitar jam 1 tengahari, perut masing masing dah berbunyi. Nasib baik kami semua ada kesefahaman, jadi mudahlah kami bekerjasama. Masing masing tahu tugas sendiri dan pengambaran berjalan dengan lancar. Saya diberitahu kemungkinan besar program ini akan ditayangkan di TV2 sekitar penghujung bulan Jun ini. Waktunya belum ditentukan.



camerawoman?
ini la Production Assistant dan Director untuk program ini. Sempat berposing....
slot pertama yang menggunakan stepboard dan stick melakukan senaman kardiovaskular untuk pesakit kencing manis




slot kedua pula, membuat pelaziman otot untuk orang yg mempunyai sakit belakang


Nadia yang tidak sombong dan very professional, langsung tidak ade attitute, saya memang dah lama minat dengah lakonan dia yang selamba dan tidak control cun


taktau lah senaman ape ini, senaman tunjuk hidung kot..


sedang menunggu giliran untuk slot minggu ketiga


membuat pelaziman otot untuk orang yg obese

ini pula senaman untuk wanita hamil untuk minggu yang seterus nya




matahari dah mula terpacak dilangit, mata kami dah mula sepet, perut dah keroncong


yeyyy.....dah settle semua, kami bergambar kenangan bersama sambil bincang kemana nak pegi lunch. Abang baju belang tu abang cameraman yg begitu sabar melayan kerenah kami. Kami akan berjumpa lagi kemungkinan bulan depan untuk pengambaran seterusnya..

Saturday, June 20, 2009

SenamSeni di Padang Semarak, AngkasaPuri

Jurulatih Utama SenamSeni Malaysia di undang utk mengajar senamseni di Pdg Semarak, Angkasapuri pada 19hb Jun 09. Sayangnya seorang diantara kami iaitu ayah man (Azman Abu Bakar) tidak dapat bersama sebab dia mengalami kecederaan. berehat sebentar sambil menikmati minuman kegemaran sehabisnye sessi pertama
biasela kami ni kalau dah berjumpe bergurau sokmo, ade saje sakat menyakat
Malek sedang pakai knee guard, almaklum la, faktor umur... ahaks..

kami bukan bertengkar tapi sedang berbincang

sedang test mike

ramai juga yang hadir, bagus mereka ni, sanggup datang petang petang untuk bersenam bersama kami, tahniah pada mereka


memang cantek pentas padang semarak ini

saye sedang memberi penjelasan mengenai regangan

ramai warga kementerian komunikasi, warisan dan kebudayaan yang hadir


pemandangan mesjid angkasapuri yang tersergam indah


rajin betui depa ni


dari kiri : malek abd majid, yours truly, saiful nizam, adila dan Khalid mohd nor


ramai betul yang hadir petang itu




pentas padang semarak yang terkenal itu, byk nostalgianya, ramai penyanyi terkenal pernah nyanyi di sini, kami cume bersenam aje


orang awam juga dijemput hadir sama untuk bersenam


sedang melakukan gerak kecut perut sebagai pelaziman otot perut


ewah ewah... cek kak....cek kak....ni..


masih mampu melompat gituh.... :)