Sunday, September 14, 2014

Kursus Jurulatih Budaya Negarab(JSBN) Muzik & Tari Tahap I

Asallamuallaikum.
Agak lame juge saye tidak membuat 'posting' di blog saye ini, bukan kerana ape ape cume sejak kebelakangan ini saye agak sibuk dengan tugas harian dan ade beberapa komitmen yang lebih memerlukan saye. Sebetulnye ade banyak kegiatan yang saye tidak sempat ambil gambar dan simpan untuk saye paparkan disini. Saye mohon maaf jikalau ade kursus/bengkel yang tidak sempat saye selitkan yea. Saye akan cube cari dan gali semula gambar gambar berkenaan.

Baru baru ini saye telah di jemput untuk menjadi fasilitator di kursus yang berkenaan di atas.


Agak lame jugak lah Jabatan Kebudayaan tidak menganjurkan kursus. Memang rindu rasenye untuk bertemu dan mengajar peserta.


Kali ini giliran JKKN Negeri Johor yang menganjur dan peserta yang hadir semuanya dari daerah daerah di negeri tanah tumpah darah ku

Pn Jumaninor selaku jurulatih yang membantu saye

Bagi saye, orang Johor ni memang 'multi talented'. Kebanyakan orang Johor memang pandai berzapin atau berjoget atau bermain alat musik. Kami ni selain boleh berzanji dan bermarhaban, kami juga bole bernyanyi dan menari dengan baik.

Maka disebabkan kelebihan ini, semua fasilitator yang hadir tidak menghadapi ape ape masalah dalam menyampaikan ilmu kepada peserta pserta ini. Kerja kami menjadi terlalu mudah.
Walau bagaimana pun tidak semua peserta mempunyai daya tahan yang kuat, ade seorang dua yang keletihan yang amat sangat kerana kursus ini telah di pendek kan sehari yang mane biasenye memakan selame 6 hari tetapi kali ini hanye 5 hari

Kami faham bukan mudah untuk menghafal semua pergerakan dan dikehendaki untuk belajar teori dalam waktu yang singkat ini


Barisan Penguji dari kiri : En Abu Bakar, Tuan Syed Najib, yours truly and Pn Jumaninor

Persembahan tarian pada hari penutup





Persembahan cak lempung dan gamelan dari peserta musik

Bersama Pembantu Jurulatih Cik Nina dan Pn Jumaninor
Terima kaseh Hotel Sri Malaysia for the good service

Thursday, May 1, 2014

Bengkel Senam 1Malaysia sempena program Malaysia Book of Records - Tanpa berhenti selama 36 jam


Bengkel Senam 1 Malaysia telah di adakan sempena program Malaysian Book of Records yang dianjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi memecahkan rekod bersenam tanpa berhenti selama 36 jam



Bengkel in di adakan sebagai penyediaan untuk Jurulatih Senam yang akan bertukar ganti selama 36 jam tanpa berhenti



Pn Umi Kalthum bt Hot, Pegawai yang terlibat secara langsung dalam program ini


Barisan peserta wanita yang bakal menjadi Jurulatih Senam 1 Malaysia yang akan memecahkan rekod dalam Malaysian Book of Records


Setelah tamat kursus, masing masing melepaskan geram mengambil gambar kenangan bersama


Peserta ini akan menjadi tunggak penting dalam melaksanakan program yang akan diadakan kelak


Sempat bergambar beramai bersama sebelum bersurai


Jurulatih Senam 1Malaysia bersama dengan Pegawai Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia


Yours truly bersama salah seorang peserta yang mewakili Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia


Ucapan terima kaseh yang tidak terhingga kepada peserta yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasan


Barisan Jurulatih Senam 1Malaysia dari kiri : saudara Salleh Md Amil, yours truly, Ramizah Kamis dan Saiful Rizam Ramli


Orang orang penting dibelakang tabir program Senam 1Malaysia tanpa berhenti - 36 jam


yours truly bersama anak didik dan orang kuat dalam Senam 1Malaysia


Bersama peserta yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Setelah penat lelah selama 4 hari, sebelum bersurai kami telah dijamukan dengan hidangan yang sedap.


Terima kaseh saya ucapkan kepada pihak Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada kami berempat untuk melaksanakan tugas dalam melatih Jurulatih yang bakal bekerjasama dalam program Malaysia Book of Records - Senam 1Malaysia tanpa berhenti selama 36 jam