Monday, July 15, 2013
Road Tour Peninsular Malaysia - Pump De Jamzz' - Step Aerobic Masterclass - Johor Bahru, Johor
Berbincang dengan Pn Rashidah Helmi memang mudah sahaja. Orangnya lemah lembut dan sangat terbuka dengan cadangan. Dia contact saya melalui facebook dan kami pun berbincang bagaimana untuk mengadakan masterclass step aerobic yang jarang diadakan di Johor Bahru. Johor Bahru, kampung asal keluarga saya dan rasanya di perkampungan kami iaitu WadiHana sudah tidak ada lagi rumah rumah besar tersergam. Yang tinggal hanya lah kenangan sewaktu menziarah nenda dan kenduri kendara saudara mara yang diadakan dirumah nenda. Setiap kali kenduri kahwin pasti ada 'samrah' iaitu zapin dari negeri asal usul kami yang hanya ditarikan oleh pihak lelaki dengan bunyi gendang yang mengasyikkan.
Sewaktu berbincang dengan Pn Rashidah Helmi, saya rasa excited untuk pulang ke Joho (orang asal negeri Johor memanggil Johor Bahru sebagai Joho sahaja). Orang kecergasan di Joho memang terkenal aktif dan sentiasa update dengan kegiatan terkini di pasaran. Mereka tersangat terbuka minda untuk mencuba yang baharu dan terkini.
Dengan kerjasama dan semangat setiakawan yang kuat, Pn Rashidah dapat mengadakan dua sesi iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi selepas waktu tengahari. Penyertaaan sangat menggalakkan tidak seperti yang kami jangka
Seperti mana yang saya bilang awal tadi, orang Joho memang sangat terbuka minda, mereka berupaya melakukan dengan baik sekali dengan semangat yang mana membuat saya mahu memberi lebih dari sepatutnya.
Walaupun ada di antara mereka ini agak kekok pada mulanya, mungkin kerana tidak biasa melakukan pergerakan menggunakan step board akan tetapi mereka tidak mahu mengaku kalah dan terus mencuba sehingga dapat menguasai koregrafi yang saya bentangkan.
Pn Rashidah Helmi, yang berbaju merah berseluar putih, seorang yang lemah lembut tapi cekap bekerja dan pandai masak. Dia telah menjamu kami berbagai hidangan dan yang paling saya tidak boleh lupa ialah kari nya.
Bergambar kenangan bersama kawan kawan baru dan lama
Ratu Bokwa Malaysia, Dashrina Daud atau lebih dikenali sebagai Dash pun turut serta. Thank you Dash for joining. You've been a good sport.
Maaf kerana tidak dapat letak gambar semasa pemberian sijil kerana ramai sangat takut tak muat
Orang lama, Ramlah Yunan yang sentiasa ceria dan awet muda
Alhamdulilah....terima kaseh saya ucapkan kepada Pn Rashidah Helmi yang sudi menganjurkan MasterClass ini. Terima kaseh tidak terhingga kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat untuk turut serta. Insyallah kalau ade rezeki kita berjumpa lagi. Saya memang sentiasa gembiar dan teruja untuk pulang ke negeri Johor dan share ilmu yang tidak seberapa ini.
Monday, July 1, 2013
Road Tour Peninsular Malaysia - Pump De Jamzz' - Step Aerobic MasterClass - Kota Bahru, Kelantan
Pertama kali saya berbual dengan Prof Dr Rosli, Presiden Persatuan Senamrobik Kelantan aka KESRA adalah pada waktu Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan di Summit Subang pada tahun 2012. Pada waktu itu Prof Dr Rosli telah mengenalkan diri beliau pada saya dan kami berbincang ringkas mengenai teknikal pertandingan dan saya telah meluahkan keinginan saya untuk bekerjasama dengan KESRA.
Apabila Lis Ramli setuju dengan masterclass di Kota Bahru, saya terus menalipon Prof Dr Rosli dan menawarkan diri untuk mengadakan masterclass dengan ahli KESRA.
Tanpa banyak bicara beliau mecadangkan agar masterclass ini diadakan di studio Naib Presiden KESRA sendiri iaitu Pn Nik Marhani dan di akhir sesi akan diadakan bengkel syarat syarat pertandingan untuk Step Aerobics bagi ahli KESRA yang berminat untuk bertanding pada tahun ini.
gambar diatas bersama Prof Dr Rosli selaku Presiden KESRA dan gambar di bawah bersama Pn Nik Marhani selaku Naib Presiden KESRA
Orang orang kuat KESRA pun turut serta dalam masterclass ini
Peserta masterclass yang terdiri daripada orang orang kuat Nik Studio dan memang sudah biasa melakukan step aerobics
Nik Marhani bersama guru guru aerobik beliau yang dikenali ramai di Kota Bahru
tekun mengikut pergerakan saya semasa saya breakdown combo seterusnya
kebanyakan mereka tidak mempunyai masalah kerana sudah biasa dengan pergerakan step aerobics
saya cukup gembira bilamana kebanyakan peserta terdiri dari kaum Cina
ini bererti mereka bersikap terbuka dan menunjukkan satu sikap yang positif
Ina dari Terengganu pun turut serta
Terima kaseh Dr Julia, sebelah kiri berbaju merah (isteri kepada Prof Dr Rosli) kerana sudi turut serta masterclass ini
Mereka tidak putus asa dan terus berjuang sehingga tamatnya 2 jam terus menerus tanpa berhenti
Hebat sungguh orge Kelate...
seperti lazimnya......selepas workout dan sesi bengkel, kita makan! Tq Prof sebab blanja makan sedap
Waktu makan pagi bersama Prof Dr Rosli sekeluarga dan Prof Madya Siti Hawa bersama suami
ini lah tujuan utama saya datang ke Kota Bahru, untuk menikmati makanan kegemaran saya sambil menziarah keluarga dan kawan kawan.
Terima kaseh kepada sahabat saya Ra dan Na kerana menghantar saya ke airport dan sebelum berangkat kami sembang sambil minum di airport sahaja. Terlalu singkat waktu saya bersama mereka
Alhamdulilah, selesai tugas saya di Kota Bahru. Kenangan yang indah dapat berjumpa dan bermesra bersama keluarga dan kawan kawan saya di Kota Bahru. Mudah mudahan ini bukan kali terakhir saya ke Kota Bahru, saya berdoa agar dapat kembali semula suatu hari nanti insyallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)

































