Saturday, October 15, 2011

Penggubalan Modul Asas Silat Tahap II

Kementerian Penerangan, KOmunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dna Kesenian Negara telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Modul Asas Silat Tahap II bagi Program Bimbingan Seni Budaya Negara pada 8hb hingga 10hb Oktober 2011 baru baru ini.


bos - En Amran Mohd Haris mungkin pening kepala melihat gelagat kami semasa bengkel ini dijalankan




dari kiri : cikgu Wan, cik gu Zul dan cik gu Man sedang menunjukkan aksi





semase sesi perbincangan bersama pegawai kami Cik Lia dari JKKN



Cik gu Azi yang sekarang sudah bergelar Dr Azi sedang memperlihatkan kehebatan dia membuka langkah







Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah kami laksanakan pada tahun 2010



cik gu Azlan Ghanie dan Dr Baharain


cik gu Baharain atau Dr Baharain menunjukkan ketangkasan gerak setanding dengan yang lebih muda usia



aksi cik gu Zul dan cik gu Azman



Yours truly bersama cik gu Azlan


Kami akan berbengkel sebanyak dua kali lagi sebelum akhir tahun ini. Kami harap Modul Asas Silat Tahap II ini dapat dipraktikkan pada tahun hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana memberi kesempatan untuk saya bekerjasama dengan pendekar pendekar hebat ini

Tuesday, October 4, 2011

Road Tour Kecergasan 2011 - siri ke 2 Teknik Mengajar & Teknik Koreografi

Rich Learning telah dengan berbesar hati memulakan Road Tour Kecergasan Siri ke2 di Pulau Pinang. Walaupun kami menghadapi berbagai masalah untuk pergi ke Pulau Pinang, saya dan Puan Maizatul telah bertekad untuk menyampaikan misi kami iaitu berkongsi ilmu dengan kawan kawan di Penang dan Kedah.





Alhamdulilahh....peserta yang datang menunjukkan minat yang mendalam dalam memperbaiki diri dalam bidang ini.




saya amat terharu dengan sambutan mereka dan semangat mereka untuk belajar



pendekatan saya lebih kepada teori berselangkan praktikal supaya mudah bagi peserta memahami apa yang cuba saya sampaikan





walaupun kami sentiasa bergerak cergas, peserta masih lagi menunjukkan semangat yang kuat untuk terus belajar.





Satu satunya peserta lelaki dalam bengkel kali ini - saudara Ahmad Ismail





saya berharap agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang lebih memberatkan kepada teknik





dah mula sawan ler tu... ehehe




Saya amat berharap agar peserta yang hadir mempelajari sesuatu yang berharga dan dapat mereka gunakan teknik teknik ini semasa mereka melakukan kelas kelak. Seperti yang saya katakan di awal bengkel tersebut... saya lebih suka memberi kail daripada memberi ikan.
Semuga peserta Road Tour Kecergasan di D'Jawi Bella Hotel Penang diberi jalan mudah dalam mendalami bidang ini dan saya doakan anda semua berjaya yea


*Note : ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Fahmi dan Nan diatas bantuan anda, mohon maaf kalau ade yang tak kene. Terima kasih kepada leeza dan Ayu, walaupun anda telah akredate, anda berdua masih support saye dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat. Hanya Allah saje yang membalasnya...