Thursday, September 15, 2011

Rumah Terbuka Hari Raya - Kementerian Belia & Sukan Malaysia

Pada tahun ini Kementerian Belia & Sukan Malaysia sekali lagi mengadakan rumah terbuka di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seperti biase kami di jemput hadir. Bezanya pada tahun ini, yours truly bersama teman dari One Nation Fitness Club terlibat dengan pembarisan Hari Merdeka/Malaysia yang jatuh pada 16hb Sept 2011. Kami semua datang terus dari Dataran Merdeka dengan pakaian yang berpeluh sehingga tak sempat ndak cuci muka pun.










seperti biase juga, begitu ramai tetamu yang hadir dari semua lapisan masyarakat untuk menjamu selera sehinggakan kami tidak dapat mencari tempat duduk. terpaksa la kami duduk makan di tangga stadium








walaubagaimana pun, kami tetap bersuka ria seperti biase mungkin kerana we have great company







sempat kami bergambar beramai ramai di luar stadium sebelum kami pulang ke rumah - One Nation Fitness Club



ada ramai artis di jemput untuk menghiburkan para hadirin tetapi disebabkan terlampau ramai orang, kami tak dapat mendengar dengan jelas nyanyian mereka



pengacara radio terkenal Fara Fauzana bersama Faizal telah menjadi MC pada majlis ini




Stadium Putra Bukit Jalil yang penuh dengan para tetamu



Pada tahun depan kami harap kami dapat datang dengan pakaian yang lebih sesuai. Pada tahun ini kami lebih menumpukan kepada khidmat untuk negara dengan latihan berbaris di dataran merdeka. Walaupun sumbangan kami kecil, kami rase sangat berbesar hati bila terpilih untuk menyertai kontijen Kementerian Belia & Sukan Malaysia


Selamat Hari Raya !!

Tuesday, September 6, 2011

Basal Metabolic Rate

Sebagai manusia, kita memerlukan tenaga untuk melakukan segala pekerjaan seperti berjalan, berdiri, duduk, bersukan dan termasuk bernafas, tidur, ketawa, menangis, haba badan dan lain lainnya.

Tenaga ini datangnya dari makanan yang kita makan. Kalori yang dibakar ini lah yang di panggil Basal Metabolic Rate (BMR). Perhatikan bahawa semakin meningkat usia, semakin payah untuk kita menjaga bentuk badan seperti sewaktu kita berusia muda. Basal Metabolic Rate akan menurun semakin berusia, akan tetapi, dengan melakukan senaman yang konsisten, kita mampu untuk meningkat BMR walaupun usia meningkat.

Ramai yang bertanya, berapa banyak kah kalori yang perlu kita bakar untuk menguruskan badan. Sebetulnya, apa yang penting adalah disiplin dan menggunakan formula perkiraan yang mudah tentang kalori.

Harris-Benedict Principle iaitu perkiraan yang dicipta oleh James Arthur Harris dan Francis Gano Benedict akan memudahkan anda untuk mengira berapa banyak kalori yang anda perlukan untuk tenaga seharian. Dengan mengetahui berapa banyak kalori anda perlukan dalam sehari, anda boleh menolak atau tambah pemakanan dan tenaga yang digunakan seharian. Jika anda berusaha untuk menguruskan badan, kurangkan makan dan gunakan lebih tenaga dalam erti kata bersenam.

Bagaimanakah cara untuk mengira Basal Metabolic Rate (BMR)? Paling mudah jika ada kemudahan internet anda boleh mencari nya di www.calculator.net

Ada dua cara untuk mengira. Cara pertama dengan mengetahui berapa kalori yang anda perlukan untuk sehari. Caranya adalah dengan menggunakan Harris-Benedict Principle dimana anda perlu mengira sendiri. Ingat yea, aplikasi formula ini hanya untuk orang dewasa sahaja dan perkiraan nya berbeza diantara kaum wanita dan kaum lelaki.

Wanita : 655.1 + ( 9.563 x berat dalam kg ) + ( 1.850 x ketinggian dalam cm ) - ( 4.676 x umur mengikut tahun ) = kalori diperlukan dalam sehari (BMR)

Lelaki : 66.5 + ( 13.75 x berat dalam kg ) + ( 5.003 x ketinggian dalam cm ) - ( 6.775 x umur mengikut tahun) = kalori diperlukan dalam sehari (BMR)

Cara kedua adalah dengan mengira aktiviti anda seperti berikut :


Tidak aktif atau bersikap sedantari kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.2

Melakukan senaman ringan 1-3 kali seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.375

Melakukan senaman sederhana 3-5 kali
seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.55
Melakukan senaman berat 6-7 kali
seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.725

Melakukan senaman berat 2kali sehari kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.9

Untuk mengurangkan berat badan, anda hanya perlu mengurangkan kalori dalam sehari berdasarkan pada perkiraan diatas.


contoh : seorang lelaki dewasa berumur 24 tahun yang mempunyai berat badan 80 kg dan ketinggian 180cm - mempunyai BMR 1900. Dengan melakukan senaman yang sederhana - BMR (1900 x 1.55) ia memerlukan sebanyak 2945 kalori sehari. Berat badannya tidak bertambah atau berkurangan. Jika beliau mahu mengurangkan berat badan, beliau kena melakukan senaman berat. Individu yang sama tidak akan tambah berat badan jika beliau bersikap sedantari dan hanya memakan sebanyak kurang dari 2945 kalori sehari.