Sunday, June 13, 2010

Pertandingan SenamSeni 1'Malaysia 2010 - syarat syarat

Penggubal Senamseni Malaysia & SenamSeni 1Malaysia
belakang dari kiri berdiri : Khalid, Saiful dan Azman
duduk dari kiri : yours truly, Adilla dan Malik



Syarat syarat pertandingan SenamSeni 1Malaysia.

1) Tiada bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan

2) Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja tanpa had umur (lelaki perempuan dalam satu kumpulan di benarkan)

3) Jumlah peserta dalam kumpulan : 5 orang bersama 1 peserta gantian dan seorang Pengurus




4) Masa pertandingan adalah 15 minit

5) Pakaian sukan lengkap, kemas, tidak menjolok mata. Tidak dibenarkan aksesori seperti barang kemas, topi, rambut palsu, character make-up dan labuci yg keterlaluan. Rambut mesti diikat atau disanggul. Tudung kepala dibenarkan untuk wanita sahaja.

6) Wajib mengguna sekurang kurangnya empat (4) buah lagu daripada muzik asal SenamSeni. Penggunaan lebih daripada 4 buah lagu di benarkan mengikut susuan kreativiti masing masing

7) Tempo muzik tidak melebihi 138bpm dan muzik mestilah dalam bentuk wave dan bukan mp3. Semua muzik mestilah di masukkan dalam satu track sahaja.

8) Sepuluh (10) gerak wajib diambil daripada gerak asal SenamSeni Malaysia yang ditetapkan seperti berikut :

name lagu - name gerak

  • zapin- gerak setempat
  • joget - inang berganda
  • joget - terancang
  • hati karma - angkat lutut
  • hanuman - mengacah
  • sewang - lompat sewang
  • jumbalika - padmakosa
  • jumbalika - lari setempat dan angkat kaki kehadapan
  • sabah - sumazau
  • gerak singkat - wau bulan




semua gerak wajib mesti dilakukan dalam kiraan 2 x 8
selain daripada gerak wajib, adalah dikehendaki melakukan gerak bebas diatas kreativiti masing masing.



Sebarang pertanyaan dan borang penyertaan boleh di dapati dari zarieysa@yahoo.com atau zahana@jkkn.gov.my


Sunday, June 6, 2010

Pertandingan SenamSeni 1'Malaysia 2010

Pada 5hb Jun 2010, pihak Jab. Kebudayaan & Kesenian Negara bersama sama dengan Penggubal SenamSeni Malaysia seramai 6 orang (sorang tidak dapat hadir kerana ada tugasan lain) sekali lagi berkumpul di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk membuat 'Syarat syarat Pertandingan SenamSeni 1Malaysia' yang akan d adakan pada bulan Julai 2010.




Berdasarkan pengalaman dalam bidang masing masing, kami dapat melaksanakan tugas dengan mudah lebih lebih lagi kerana kami memang sudah biase bekerjasama dari mula lagi sejak pembuatan SenamSeni Malaysia.





Telah di putuskan sebulat suara Penghakiman akan diadili seperti berikut :

* Kreativiti
* Perlaksanaan
* Pergerakan Wajib




Pihak Penganjur iaitu JKKN juga telah memutuskan untuk mengadakan saringan pertandingan pada 11 Julai 2010 dan Pertandingan Akhir akan di adakan pada 18hb Julai 2010.






Pertandingan dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur. Bertanding didalam kumpulan 5 orang peserta bersama seorang peserta gantian dan seorang Pengurus Pasukan.


dari kiri : Malik, yours truly, Azman Abu Bakar, Saiful Nizam dan Khalid Mohamad ( Adilla tidak ade dalam gamba kerana ada tugasan lain )



Mase bertanding adalah 5 minit


Tarikh tutup pendaftaran ada lah pada 1hb Julai 2010.


Puan Zahana Pengarah dari JKKN yang bertanggung jawab diatas pertandingan ini



Borang pendaftaran dan syarat syarat pertandingan boleh dimuat turun di www.jkkn.gov.my atau facebook dengan katakunci senamseni@ymail.com atau emel kepada zarieysa@yahoo.com atau zahana@jkkn.gov.my


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di emel atau hubungi terus kepada :

Urusetia Pertandingan SenamSeni 1Malaysia, Tingkat 26, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur



Silalah datang la beramai ramai untuk bertanding atau setidak tidaknya sebagai audience di pertandigan saringan dan pertandingan akhir nanti. SenamSeni Malaysia ada lah produk kita rakyat Malaysia!!